Roberto Di Matteo meminta pemainnya melupakan masa lampau Chelsea  dengan menegaskan skuadnya perlu mempamerkan mentaliti kemenangan yang  lebih kuat.
Skuad kendalian Di Matteo mencatat kemenangan 1-0 ke atas Stoke  yang beraksi dengan 10 pemain bagi aksi pertamanya dalam Liga Perdana  Inggeris sejak memangku jawatan itu berikutan pemecatan Andre  Villas-Boas.
Villas-Boas mengekalkan kepentingan permainan bergaya ketika lapan bulan membimbing kelab itu.
   Namun Di Matteo mengakui sukar untuk melakar kemenangan ke atas  Stoke, yang hadir menerusi gol ke-100 Didier Drogba dalam Liga Perdana.
Beliau menegaskan Chelsea perlu mengekalkan pendekatan semasa peringkat terakhir permainan musim ini supaya mampu melonjak dalam kelompok empat teratas.
“Hari ini adalah langkah ke laluan tepat dan kadang kala anda perlu menang dengan cara ini untuk meraih tiga mata,” katanya.
     “Ia bukan mudah dan kadang kala anda perlu menang dalam keadaan  yang terlalu sempurna. Masih berbaki 10 perlawanan dan Tottenham mungkin  bangkit  merebut tempat keempat.
”    Ditanya sama ada pendekatan itu  menandakan perubahan haluan ditetapkan Villas-Boas, Di Matteo berkata:  “Saya tidak sabar untuk mengubahnya dan menenangkan semula fikiran  pemain.”    Drogba  menjadi penyelamat selepas Ricardo Fuller dibuang  padang pada minit ke-25 kerana memijak Branislav Ivanovic.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan