Pep Guardiola akan menolak sebarang tawaran yang datang daripada Chelsea untuk menjadikannya sebagai pengurus baru mereka. 
Pemilik Chelsea yang juga jutawan minyak Rusia, Roman Abramovich  sebelum ini mengenal pasti jurulatih Barcelona itu sebagai calon utama  untuk menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat, baru-baru ini. 
 Bagaimanapun, Guardiola memberitahu rakan-rakan rapatnya, beliau  tidak berminat untuk berpindah ke Stamford Bridge, sekalipun pengendali  dari Sepanyol itu masih melengah-lengahkan kontrak di Nou Camp.
 Guardiola, 41, hanya tergelak ketika ditanya tentang berita yang mengaitkannya dengan skuad Blues sejak awal minggu ini. 
 Bagaimanapun, secara senyap, beliau telah mengadakan perbincangan  dengan barisan jurulatihnya sama ada ia adalah tindakan yang baik untuk  pergi ke London. 
 Abramovich memecat Villas-Boas, Ahad lalu hanya lapan bulan selepas jurulatih itu memulakan kontrak tiga tahunnya di Chelsea.
 Tempatnya kini digantikan sementara oleh pembantunya, Roberto Di Matteo hingga musim panas ini.Ketika suasana dalam kem Chelsea masih tidak menentu gara-gara  pemecatan Villas-Boas, satu-satunya berita yang boleh menceriakan pemain  mereka adakah kepulangan semula ketua pasukan, John Terry untuk  pertemuan Liga Perdana menentang Stoke City hari ini selepas diketepikan  enam minggu kerana kec ederaan lutut.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan