Kritikan terbuka David Luiz terhadap rakan sepasukan, Frank Lampard  minggu ini menyukarkan pengurusan kelab menafikan dakwaan Chelsea kini  berdepan masalah.
Pemain tengah England, Lampard kecewa selepas kehilangan tempat dalam  kesebelasan utama dan baru-baru ini mengaku hubungannya dengan pengurus  Andre Villas-Boas dingin.
Mengulas situasi itu kepada akhbar Portugis, O Jogo, Luiz mencadangkan Lampard perlu bekerja keras dan menyesuaikan diri dengan etika berpasukan.
“Tiada siapa perlu menjadi bapa atau anak dalam kelab,” kata pemain pertahanan Brazil itu.
“Tiada kelebihan untuk pemain. Dia (Lampard) perlu dengar dan terima arahan jurulatih,” kata Luiz, bekas pemain kelab gergasi Portugal, Benfica yang menyertai Chelsea.
“Semua pemain perlu ingat mereka adalah pekerja di kelab.” Luiz kemudian dalam laman Twitter mendakwa dia bercakap secara umum namun membuktikan wujudnya ketegangan di Stamford Bridge dengan kedudukan bos kelahiran Portugis, Villas-Boas tergugat.
Kemenangan minggu lalu ke atas Bolton Wanderers melegakan kelab itu  namun tiga mata sekali lagi menjadi sasaran minimum apabila Chelsea yang  masih lagi tersisih tempat ke Liga Juara-Juara dengan perbezaan gol  berkunjung ke West Bromwich Albion malam ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan