Roberto Di Matteo tetap dilihat bukan calon sesuai untuk menjadi  jurulatih tetap Chelsea tetapi terdapat tanda tanya mengenai jawatan  tersebut selepas melihat transformasi yang dilakukannya ketika menjadi  jurulatih sementara.
Chelsea, yang berada di bawah Di Matteo berjaya ke separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspurs.Lebih membanggakan skuad Blues sudah sebelah kaki ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang 1-0 ke atas Benfica.
Jika mampu mengekalkan prestasi s menewaskan Aston Villa di Villa  Park, mereka akan memperkuatkan lagi usaha untuk menduduki kedudukan  empat teratas liga, seterusnya membuktikan prestasi mereka yang semakin  meningkat menuju penghujung musim.
Lima mata dibezakan di antara skuad Di Matteo dengan pasukan yang  menduduki tempat keempat, Tottenham tetapi anak-anak buah Harry Redknapp  bakal menentang Swansea 24 jam kemudian, kemenangan Chelsea bakal  memberikan tekanan kepada mereka.
Di Matteo membuktikan dia semakin cekap untuk menguruskan skuadnya,  termasuk berjaya mempertingkatkan tahap permainan Fernando Torres dan  David Luiz.
Ketika Didier Drogba, Frank Lampard dan Michael Essien diketepikan  dalam kesebelasan utama di Lisbon, jurulatih sementara itu harus  berhati-hati supaya tidak mengenepikan pemain senior seperti yang  dilakukan oleh jurulatih sebelum ini, Andre Villas-Boas.
"Ia bukannya mudah tetapi kami masih lagi bernyawa dan cuba untuk  bertarung sebaik mungkin dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA."Kami akan cuba mengakhiri saingan liga di kedudukan tempat ketiga  atau keempat, kami akan bermati-matian untuk kedudukan tersebut.
"Semua pemain terlibat dalam objektif ini iaitu saingan Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris."Kami mempunyai banyak perlawanan setiap minggu dan saya rasa ia  adalah keputusan yang tepat untuk melakukan sistem giliran," kata Juan  Mata.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan