Jose Mourinho yang dilihat berada di sekitar London untuk mencari  kediaman baru, meningkatkan spekulasi bahawa jurulatih dari Portugal itu  mungkin kembali ke pangkuan Chelsea.
Mourinho, 49, yang telah melonjakkan nama Blues sepanjang tiga tahun  di England, menghabiskan sehari suntuk bersama isterinya, Tami, 41,  serta dua anak mereka di barat London semalam untuk mencari kediaman  yang sesuai. 
Jurulatih itu difahamkan telah meninjau lima hartanah di sekitar  kawasan Knightsbridge dan Mayfair di London, selain di pinggir ibu  negara England itu. 
Pengurus Real Madrid itu tidak hanya dikaitkan dengan Blues  semata-mata, sebaliknya beliau juga berada dalam radar Tottenham  memandangkan jurulatih Spurs, Harry Redknapp sedang bersiap sedia untuk  meninggalkan pasukan bagi membimbing England.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan