Chelsea bersedia untuk mengemukakan tawaran berjumlah 100 juta euro  (RM407 juta) bagi mendapatkan khidmat dua bintang Real Madrid, Cristiano  Ronaldo dan Gonzalo Higuain.
Ketika ini, jentera barisan penyerang Chelsea dilihat bergelut untuk menjaringkan gol.Situasi itu menyebabkan mereka gagal membantu skuad The Blues  menduduki kelompok empat terbaik dalam kempen Liga Perdana England.
Sebagai rekod, tiga penggempur Chelsea - Didier Drogba, Fernando  Torres dan Daniel Sturridge - hanya menjaringkan keseluruhan 26 gol  dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.
Ronaldo pula telah meledak 45 gol untuk membantu Real meninggalkan  pencabar terdekat mereka, Barcelona dengan perbezaan enam mata dalam  kempen Liga Sepanyol.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan merancang untuk membuat  perubahan besar-besaran dalam skuad The Blues dan Ronaldo serta Higuain  berada dalam senarai teratas untuk dibawa ke Stamford Bridge.
Laporan media di Britain mendedahkan, perpindahan itu juga mungkin bergantung kepada keputusan jurulatih Real, Jose Mourinho.
Sekiranya Mourinho bersetuju menjadi pengurus The Blues, beliau  dijangka memujuk kedua- dua penyerang Real itu untuk meninggalkan  Santiago Bernabeu.
Begitupun, jika Mourinho tidak berpindah ke Chelsea, media tempatan  melaporkan yang Abramovich akan mengalihkan tumpuan kepada dua penyerang  Napoli - Edinson Cavani dan Ezequiel Lavezzi.
Kedua-dua pemain itu dianggarkan bernilai 70 juta euro (RM285 juta) sekiranya mereka meninggalkan kelab Itali tersebut.
Namun, sekiranya Chelsea layak ke kempen Liga Juara-Juara musim  depan, Abramovich sudah pasti bersungguh-sungguh mendapatkan pemain  berkualiti seperti Ronaldo, Higuain, Lavezzi dan Cavani. [sumber] 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan