Demba Ba menegaskan ketibaannya di Chelsea tidak akan menjejaskan
posisi Fernando Torres selaku penyerang utama di Stamford Bridge.
Ba memulakan aksi dengan baik bersama Blues menerusi
perpindahan bernilai 7.5 juta pound (RM36.7 juta) dari Newcastle United
apabila menjaringkan dua gol ketika Chelsea menang 5-1 ke atas
Southampton dalam Piala FA.
Pada perlawanan tersebut, Torres hanya berada di bangku simpanan.Torres dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Swansea City hari ini.
Impak Ba mengurangkan kebergantungan Chelsea terhadap aksi tidak konsisten Torres.Kehadiran Ba bakal menjadi pencabar utama kepada Torres bagi merebut tempat sebagai penyerang pilihan Chelsea.
Penyerang Senegal itu menjelaskan dia menggangap Torres sebagai
senior yang perlu dihormati selain harus mengukuhkan kedudukannya
bersama kelab baru daripada memikirkan tentang perebutan posisi
penyerang utama.
"Saya cuma mahu bermain dengan gembira dan bukannya mahu menambah tekanan."Saya di sini untuk membantu pasukan bukannya mahu mengambil tempat orang lain.
"Fernando penyerang utama. Saya perlu banyak belajar dan sudah tentu
saya akan berlajar daripadanya tambahan pula sejarah kecemerlangannya
lebih banyak berbanding saya," kata Ba.
1 Pengulas Sukan:
teringin nak tgk Ba main alongside torres..2-2 cara pemainan yang berbeza..hehehe
Regards,
-Strider-
Catat Ulasan