10 Januari 2013

Fergie mahu Cole sertai Lampard di Old Trafford

Alex Ferguson tetap mahukan Ashley Cole menyertai Frank Lampard di Old Trafford musim depan.

 
Bek kiri berusia 32 tahun itu amat dikehendaki Manchester United dan kedua-dua tonggak veteran Chelsea itu boleh diperoleh secara percuma sebaik menamatkan kontrak mereka pada penghujung musim ini.

Lampard, 34, telah dimaklumkan dia tidak akan ditawarkan perjanjian baharu, sementara Cole gagal mencapai persetujuan ke atas tawaran lanjutan setahun di Stamford Bridge.

Ferguson sanggup memancing dua pemain itu dengan kontrak 12 bulan dengan janji ia dilanjutkan untuk tahun kedua jika mereka masih dapat beraksi pada tahap terbaik.

Lampard agak berminat dengan peluang tersebut manakala Cole bercita-cita hendak mencari cabaran baharu di Perancis dengan Paris St.Germain dilaporkan meminati khidmatnya.

Ferguson akan kehilangan pasangan veteran, Paul Scholes dan Ryan Giggs yang dijangka bersara pada penghujung musim nanti.

Pengurus United mahu kekosongan itu diisi oleh mereka yang bukan sahaja berpengalaman luas tetapi mempunyai semangat juara untuk memberi tunjuk ajar di samping menjadi ikutan pemain-pemain muda.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...