Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez mencabar penyerang,
Fernando Torres agar mempamerkan aksi yang lebih meyakinkan dalam usaha
menambat semula hati para penyokong skuad The Blues.
Pemain bernilai £50 juta (RM243 juta) itu masih bergelut dengan
prestasi tidak menentu dan peminat-peminat Chelsea enggan menaruh
sebarang harapan kepada bintang Sepanyol itu.
Persembahan Torres mula diragui selepas Chelsea tewas 0-2 kepada
Swansea City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga, Rabu lalu.
Bagaimanapun, Benitez menganggap punca sebenar kegagalan bekas kapten
Atletico Madrid itu adalah masalah persekitarannya kerana Torres
sekadar menjaringkan satu gol dalam aksi Liga Perdana England sejak 9
Disember lalu.
Bagi bekas pengendali Liverpool itu, Torres perlu meledak lebih
banyak gol sekiranya mahu memperbaiki persembahan hambar pada musim ini.
"Saya mahu melihat pemain-pemain saya beraksi dalam tekanan."Kadang-kadang kamu harus menerima hakikat bahawa mereka tidak dapat
memberikan prestasi sebenar apabila bersama kelab besar seperti Chelsea.
"Sudah menjadi lumrah pemain hebat dikecam apabila gagal memenuhi jangkaan penyokong dan kamu akan dikritik.
"Namun, perkara ini akan dilupakan sekiranya Torres kembali menggegarkan gawang lawan," ujar Benitez.Dalam perkembangan sama, Benitez tetap memuji kesungguhan Torres yang semakin terdesak untuk membuktikan kebolehannya.
"Torres adalah seorang pemain yang sangat profesional tetapi dia ditimpa sedikit masalah dan masih menjalani sesi latihan.
"Torres mengalami sakit perut (pada aksi menentang Swansea) dan kami
tidak boleh meletakkan Demba Ba terlalu lama kerana dia ada masalah
hamstring.
"Torres telah menampilkan satu persembahan terbaik meskipun dalam situasi sukar."Saya yakin Torres akan menjadi sebutan peminat apabila dia menjaringkan gol," katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan