8 Januari 2013

Masa depan Lampard di Chelsea sah berakhir

Frank Lampard tidak akan ditawarkan kontrak baharu oleh Chelsea 'tanpa mengira apa jua keadaan'.Pemain tengah veteran itu hairan apabila media hangat melaporkan Blues telah mengubah fikiran mengenai niat kelab itu melepaskan khidmatnya.


Ejen Lampard, Steve Kutner bagaimanapun memberitahu kelmarin: "Eksekutif Chelsea telah memaklumkan kepada Frank ketika di Jepun (sewaktu Piala Dunia Kelab) sebelum mengesahkan untuk kali kedua selepas kemenangan di Everton bahawa 'tidak kira apa jua keadaan' dia tetap tidak akan ditawarkan kontrak baharu untuk menetap di Chelsea selepas tamat musim ini.

"Sejak itu, tiada apa yang berubah. Frank sendiri sudah menerima hakikat itu dan kini dia hanya mahu terus beraksi untuk Chelsea dan menamatkan musim terakhirnya cemerlang yang mungkin bersama kelab kesayangannya."

Kontrak Lampard bakal tamat Jun ini dan ini bermakna dia bebas berunding dengan mana-mana kelab sejak 1 Januari lalu.

Persembahan Lampard dalam beberapa perlawanan terbaru membuktikan dia masih ada banyak untuk ditawarkan walaupun semakin dimamah usia.

Lampard menjadikan koleksi gol di Stamford Bridge kepada 193 selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika Chelsea membelasah Southampton 5-1 Sabtu lalu, sekali gus menyamai rekod milik legenda Kerry Dixon.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...