24 Januari 2013

Hazard minta maaf tendang budak milo

Pemain Chelsea, Eden Hazard memohon maaf atas tindakannya menendang seorang budak yang bertindak sebagai pemungut bola ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stadium Liberty awal pagi tadi (waktu Malaysia).


Hazard berang kerana budak pemungut bola gagal memberikan semula bola yang terkeluar padang ketika permainan masih berbaki 10 minit.

Hazard tiba-tiba menendang budak berkenaan ketika cuba mengambil bola di celah kakinya sehingga permainan tertangguh beberapa minit.Pengadil perlawanan, Chris Foy kemudian terus mengeluarkan kad merah kepada pemain Belgium itu.

Menurut Hazard, "budak tersebut meletakkan seluruh badannya pada bola itu dan saya hanya mencuba menendang bola itu.""Saya rasa saya menendang bola dan tidak tahu bola itu budak lelaki. Saya meminta maaf," katanya.

Sementara itu, polis South Wales berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan sekiranya didapati bersalah.

Pengurus sementara Chelsea Rafeal Benitez berkata, Hazard dan budak itu telah memohon maaf antara satu sama lain selepas perlawanan di Stadium Liberty.Beliau menambah: "Mereka berdua sedar kejadian itu adalah satu kesilapan."

Dalam pada itu, pengurus media Swansea City, Jonathan Wilshere pula berkata: "Pihak polis telah menemu ramah budak itu, namun identiti mangsa perlu dirahsiakan kerana dia di bawah umur.""Dia dan bapanya telah berbincang dengan pois dan mereka tidak menekan caj," katanya.

Kapten Swansea, Ashley Williams berkata: "Saya lihat dia (Hazad) menendang rusuk budak itu. Dia tidak sepatutnya melakukan begitu."

Permainan di Liberty Stadium itu berkesudahan dengan seri 0-0 namun Chelsea tersingkir dengan agregat 2-0.

Dengan keputusan itu Swansea melangkah buat kali pertama ke final dan akan bertemu pasukan Divisyen 4, Bradford City.

*Memang patut sepak budak milo ni..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...