Alex Ferguson bakal menawarkan peluang kepada Frank Lampard dan
Ashley Cole untuk menyertai Manchester United jika mereka dipinggirkan
oleh Chelsea.
Bos United itu menegaskan, dia mahu kedua-dua pemain tersebut di Old
Trafford pada musim depan dan menggangap mereka sebagai pakej hebat yang
ditolak oleh Blues.
Kontrak Lampard dan Cole bersama Chelsea bakal tamat pada akhir Jun
ini, dan sehingga kini juara Eropah itu enggan mengemukakan tawaran
kontrak baru untuk mengekalkan pemain senior mereka itu.
Ferguson percaya, kehadiran gandingan veteran itu mampu memberi impak
besar kepada United, baik di atas padang, mahupun di luar padang.
Malah, jurulatih kelahiran Scotland itu juga difahamkan cuba
memancing kedua-dua pemain tersebut pada pasaran perpindahan bulan ini,
namun Chelsea enggan menjalankan sebarang urusniaga dengan mana-mana
kelab Liga Perdana Inggeris.
Justeru, Ferguson tidak punya pilihan kecuali menunggu sehingga musim
panas untuk menawarkan kontrak setahun kepada pasangan tersebut, sekali
gus memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi di peringkat
tertinggi.
Selepas enggan bercakap dengan Lampard, 34, sepanjang musim ini,
Chelsea akhirnya memberitahu bintang tengah England itu bahawa dia bebas
untuk pergi secara percuma pada pasaran perpindahan bulan ini, tetapi
hanya sekiranya tawaran hadir daripada China atau kelab dalam Liga
Bolasepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.
Kelab London itu menghalang sebarang tawaran yang datang dari United
bulan ini, selain enggan melayani tawaran kontrak dua tahun daripada
Queens Park Rangers (QPR).
Cole pula mempunyai pilihan untuk menyertai gergasi bola sepak
Sepanyol, Real Madrid atau gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG)
yang bersedia untuk memulakan rundingan dengannya.
Bagaimanapun Ferguson percaya, dia mampu menyambar pemain pertahanan
berusia 32 tahun itu menerusi yuran perpindahan percuma pada musim panas
nanti.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan