4 Januari 2013

Demba Ba cuma selangkah sertai Blues

Demba Ba dalam perjalanan ke Stamford Bridge selepas diberi lampu hijau oleh Newcastle United untuk menyertai Chelsea pada pasaran perpindahan Januari ini. 

 
Chelsea kini sudah boleh memulakan rundingan dengan bintang penyerang Senegal itu selepas bersetuju untuk menebus kontrak yang dilaporkan bernilai 7 juta pound (RM34.3 juta). 

Ba, yang menyertai Newcastle pada 2011 telah digugurkan oleh pengurus Alan Pardew daripada skuad yang tewas 1-2 kepada Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri, semalam.

"Newcastle United boleh mengesahkan bahawa Kelab Bola sepak Chelsea telah mengemukakan tawaran rasmi untuk mendapatkan Demba Ba yang telah menimbulkan fasa pelepasan pemain dalam kontrak. 

"Kelab ini, memberi keizinan kepada pemain itu untuk berunding dengan Chelsea FC dan atas sebab itu, dia tidak disenaraikan dalam skuad yang menentang Everton,'' kata Newcastle dalam satu kenyataan semalam.Biarpun Chelsea masih belum mencapai perjanjian dengan Ba, namun Pardew menjangkakan perpindahan bakal dilengkapkan dalam masa terdekat.

"Ia sudah selesai. Dia akan pergi ke Chelsea dengan izin kami."Dia telah melakukan tugas yang hebat bersama kami dan tiada perkara buruk yang ditinggalkan di sini. 

Semua ketidaktentuan sudah terjawab, sekarang kami boleh meneruskan kehidupan."Sudah tentu kelab adalah lebih besar daripada pemain,'' kata Pardew kepada Sky Sports

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez enggan mengesahkan sama ada kelabnya telah menemui Ba, tetapi tidak menafikan juara Eropah itu memang memerlukan opsyen tambahan di bahagian serangan.

Ba beraksi cemerlang sepanjang bersama Newcastle dan menjaringkan 16 gol liga pada musim pertamanya. Untuk musim ini pula, dia sudah meledakkan 13 gol, termasuk ketika pasukannya dibelasah 7-3 oleh Arsenal, Sabtu lalu. 

Nama bintang penyerang Senegal itu mula melonjak ketika beraksi bersama kelab Jerman, Hoffenheim. Dia menyertai West Ham United pada Januari 2011 selepas perpindahan ke Stoke City tidak berjaya akibat gagal dalam ujian kesihatan.'

Dia menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan bersama West Ham, tetapi meninggalkan kelab itu untuk menyertai Newcastle selepas kelab London tersingkir ke divisyen satu pada musim 2010-2011.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...