Kelab terkemuka China, Guizhou Renhe dilaporkan sedia
membayar lebih RM96.7 juta kepada Frank Lampard andai pemain tengah
Chelsea itu bersetuju bermain bersama mereka.
Malah, sumber kelab berkenaan menyatakan, presiden mereka sanggup terbang ke London untuk berunding mengenai hal itu.Bukan itu sahaja, bintang England itu akan menerima gaji mingguan lumayan sebanyak RM 1.2 juta.
"Lampard akan dilayan seperti tuhan di China dan dia akan mendapat pengalaman hebat pengembaraan di benua Asia.
"Begitu pun, ia masih di peringkat perbincangan dan Lampard belum mengatakan 'ya' untuk menyertai Guizhou Renhe," kata kenyataan rasmi kelab itu.
Dua bulan lalu, kelab berkenaan berkata, Lampard setuju menyertai mereka dan akan dilantik sebagai kapten pasukan.
Tetapi, beliau yang masih menanti tawaran kontrak baru dari Stamford Bridge enggan memberi komen mengenai projek mega tersebut.
Kelab gergasi Inggeris, Manchester United dan LA Galaxy dari Amerika Syarikat antara destinasi persinggahan terkini Lampard menjelang musim panas ini.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan