Rafael Benitez menuding jari kepada masalah barisan pertahanan
Chelsea sebagai punca pasukannya itu gagal menewaskan Southampton dan
mengakui kapten, John Terry tidak bersedia untuk pertembungan dengan
Arsenal, Ahad ini.
Chelsea hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas membiarkan
jurang kelebihan dua gol pada separuh masa pertama dihambat pasukan
pelawat, Southampton untuk perlawanan berkesudahan seri 2-2 di Stamford
Bridge.
Keputusan itu menyaksikan juara Eropah itu kini ketinggalan 13 mata
di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester United, sekali gus
melenyapkan sebarang harapan untuk merampas takhta kejuaraan musim ini.
Pengurus sementara itu berkata, Chelsea harus memperbaiki prestasi
dengan segera jika mereka berhasrat mengutip tiga mata apabila menerima
kunjungan musuh London di Stamford Bridge.
"Kami tidak boleh berasa gembira mencatat keputusan seri di laman
sendiri. Kami perlu bertahan sebagai pasukan, sebagai satu unit, dengan
lebih baik."Ia adalah sesuatu yang harus kami perbaiki. Ia adalah soal pengalaman.
"Tidak, saya tidak berang. Saya cuma kecewa. Kami tahu masalah yang
kami hadapi apabila lawan bermain dengan teratur. Kami sepatutnya
menahan asakan, menguasai bola, namun itu tidak dapat kami lakukan hari
ini (kelmarin)," keluh Benitez.
Chelsea mendahului menerusi jaringan Demba Ba dan Eden Hazard, tetapi
Southampton bangkit dengan persembahan bertenaga untuk mencuri satu
mata yang membolehkan mereka menjarakkan diri tiga mata daripada zon
penyingkiran hasil ledakan gol Rickie Lambert dan Jason Puncheon.
Benitez yang menjadi sasaran ejekan penyokong-penyokong Chelsea sejak
menggantikan Roberto di Matteo pada November, mengakui suasana negatif
di Stamford Bridge mula mempengaruhi prestasi anak-anak buahnya.
Kepulangan Terry ke skuad utama Chelsea sepatutnya menyuntik semangat
baharu ke dalam pasukan, namun dia sekadar memanas bangku simpanan
kerana belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan lutut.
"Dia masih belum cergas beraksi 90 minit. Dia perlukan sedikit masa. Kita akan nilai bagaimana dia berlatih nanti."Ia tidak mudah, dia perlukan masa dan perlawanan, tetapi pada masa
yang sesuai. Hari ini (kelmarin) bukan masanya. Saya tidak mahu ambil
risiko," katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan