Pemain legenda Chelsea, Gianfranco Zola menjadi calon utama untuk mengalas tugas pengurus Blues sepenuh masa di Stamford Bridge.
Ini adalah rentetan daripada bekas pengendali Barcelona, Pep
Guardiola membuat keputusan untuk bersama Bayern Munich, yang
menyebabkan impian Chelsea mendapatkan khidmat jurulatih warga Sepanyol
itu terkubur hingga memaksa kelab Liga Perdana Inggeris itu mencari
calon lain.
Malah bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho, pengurus Borussia
Dortmund, Jurgen Klopp, Michael Laudrup daripada kelab Swansea dan Diego
Simeone yang kini bersama Atletico Madrid turut berada dalam senarai
calon buat Blues.
Tidak ketinggalan Frank Rijkaard, yang baru sahaja dipecat oleh kelab Saudi Arabia minggu ini."Salah satu impian saya adalah untuk menjadi pengurus Chelsea suatu hari nanti.
"Chelsea sentiasa berada di dalam hati saya dan saya harap mampu untuk memperoleh peluang membimbing kelab itu," kata Zola.
Zola, 46 tahun mengakui adalah sesuatu yang 'gila' andai dia menolak
tawaran daripada Chelsea sebagai pengurus selain memberitahu hubungannya
bersama pemilik kelab itu amat baik.
"Abramovich sangat baik kepada saya dan telah bertanya kepada saya beberapa kali untuk kembali semula bersama Chelsea.
"Saya berpendapat saya perlu untuk bersama kelab itu untuk memberikan kecemerlangan semula buat Chelsea," kata Zola.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan