Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menegaskan bahawa beliau
tidak akan tunduk dengan tekanan peminat dalam membuat keputusan
berhubung kesebelasan utama The Blues.
Baru-baru ini, Benitez diejek penyokong sendiri selepas Chelsea tumpas 0-2 di tangan Swansea City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga.
Pada perlawanan itu, penyokong berang kerana Benitez membuat pertukaran lewat dengan memasukkan Frank Lampard dan Demba Ba kurang 20 minit sebelum perlawanan ditamatkan.
"Saya pengurus di kelab ini. Jadi, sudah tentu tugas saya adalah mengurus dan membuat pertimbangan sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Untuk aksi menentang Swansea, saya tidak menyenaraikan Ba dalam kesebelasan utama kerana lututnya cedera."Saya tidak mahu ambil risiko yang akhirnya merugikan kelab," katanya.
Dalam perkembangan lain, Benitez mengulangi pendiriannya bahawa karier Frank Lampard di Stamford Bridge sudah berakhir.
Kontrak Lampard, 34, berakhir Mei depan namun penjaga gol, Petr Cech percaya pemain kebangsaan England itu masih mempunyai peluang beraksi bersama The Blues musim hadapan.
"Saya fikir kenyataan Cech disalah tafsir. Apa yang cuba disampaikannya adalah Lampard masih mempunyai kualiti beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)," katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan