Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez resah menjelang pertemuan
menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana England di Stadium Brittania
malam ini.
Ia gara-gara skuad The Blues menampilkan prestasi tidak menentu
termasuk beberapa keputusan hambar ketika beraksi di gelanggang lawan
musim ini.
Terbaharu, anak-anak buah Benitez dikejutkan dengan kekalahan 0-2
kepada Swansea City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga kelmarin.
Sebelum itu, Chelsea tewas 0-1 kepada Queens Park Rangers (QPR) di
Stamford Bridge, sekali gus impian untuk memburu gelaran Liga Perdana
England dilihat semakin samar.
Akibatnya, penyokong-penyokong fanatik Chelsea mengecam percaturan
Benitez dan mengkritik persembahan hambar penyerang Sepanyol, Fernando
Torres.
Mereka turut mendesak Benitez supaya mengekalkan perancang utama, Frank Lampard yang kini berada dalam fasa terakhir kontraknya.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan persembahan kami," ujar pemain pertahanan The Blues, Gary Cahill.
"Kebiasaannya, kami sukar tewas di laman sendiri. Kini kami harus bekerja keras untuk mengekalkan konsistensi.
"Kami menguasai sebahagian besar perlawanan namun ia tidak memberi
sebarang makna sekiranya kami gagal memanfaatkan peluang untuk
menjaringkan gol.
"Pada aksi menentang Swansea, kami telah mencipta banyak gerakan
tetapi gagal berbuat demikian. Begitu juga ketika menentang QPR, perkara
sama yang berlaku."[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan