Penyerang Chelsea, Daniel Sturridge akan menyertai Liverpool dengan menerima kontrak jangka masa panjang bernilai RM59.5 juta.
Sturridge, 23, menyatakan tidak sabar untuk bekerjasama bersama Luiz Suarez dan memulakan aksi.
"Ia amat mengagumkan untuk mempunyai beliau sebagai rakan sepasukan.
Beliau pemain yang handal, berbakat dan merupakan antara penyerang
terbaik di dunia sekarang.
"Saya gembira dapat bergabung bersamanya dan saya yakin kami dapat bermain dengan baik bersama-sama," kata Sturridge.
Beliau yang memulakan kerjaya di Manchester City telah memenangi empat
trofi antarabangsa bagi England dengan merangkul gelaran penjaring
terbanyak Piala Pemuda FA 2008 dan menjaringkan enam gol dalam 32
penampilan.
Setelah itu, Sturridge telah berpindah ke Chelsea pada tahun 2009 di mana beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 96 penampilan.[sumber]
Arulchelsea: selamat jalan Sturridge..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan