Chelsea gagal meraih tiga mata penuh apabila terikat 2-2 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi tadi (Waktu Malaysia) di Stamford Bridge.
Separuh masa pertama permainan menyaksikan Chelsea berjaya menguasai permain dengan menyekat Southampton 2-0 melalui jaringan Demba Ba dan Eden Hazard.
Ba dan Hazard masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-25 dan minit ke-46.
Rickie Lambert merapatkan jurang gol melalui hantaran daripada pemain pertahanan, Nathaniel Clyne pada minit ke-58.
Pada minit-75, Southampton berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jason Puncheon.
Chelsea kekal berada di tangga ketiga liga dengan kutipan 42 mata manakala Southampton di kedudukan ke-15 dengan 22 mata.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan