Swansea mencipta kejutan kedua dalam separuh akhir peringkat pertama
Piala Liga Inggeris selepas menundukkan Chelsea 2-0 pada perlawanan di
Stamford Bridge awal pagi tadi.
Walaupun tidak sehebat seperti kelab bahagian empat, Bradford City menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa 3-1 pada perlawanan kelmarin ternyata kemenangan Swansea ke atas pencabar berstatus lebih tingi masih dianggap kejutan.
Kedua-dua gol Swansea dijaringkan akibat kesilapan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.Penyerang Sepanyol, Michu yang dibeli dengan harga £2 juta
dari kelab La Liga, Rayo Vallecano menjaringkan gol ke-16 musim ini pada
minit ke-39.Gol kedua pelawat dijaringkan Danny Graham pada minit terakhir perlawanan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan