Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez sekali lagi
menjadi mangsa ejekan penyokong sendiri selepas The Blues gagal
mengutip mata penuh pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL)
menentang Southampton awal pagi semalam.
Pada pertemuan itu, Chelsea berjaya mendahului pasukan pelawat 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Demba Ba dan Eden Hazard.
Bagaimanapun, The Saints melakukan kebangkitan pada babak kedua menerusi jaringan Ricky Lambert dan Jason Puncheon untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.Benitez selepas perlawanan mengakui kecewa dengan situasi tersebut.
"Saya tidak marah tapi sedikit kecewa dengan sikap penyokong. Mereka terlalu marah kerana kami tidak memenangi perlawanan ini.
"Apa pun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenainya. Saya perlu fokus untuk mempersiapkan pasukan untuk perlawanan akan datang," katanya.
Mengimbas insiden di Stamford Bridge, kemarahan penyokong semakin tidak terkawal apabila Benitez bertindak mengeluarkan Frank Lampard dan menggantikannya dengan Fernando Torres 11 minit sebelum perlawanan ditamatkan.
Penyokong yang tidak berpuas hati dengan perubahan taktik Benitez menjerit: "Kami tidak diperlukan di sini."[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan