4 September 2012

Shanghai tolak spekulasi jual Drogba

Shanghai Shenhua tidak akan melepaskan Didier Drogba meskipun terdapat laporan awal mengatakan jodoh penyerang Ivory Coast itu bersama kelab berkenaan telah berakhir.

Jurucakap kelab yang mewakili bekas penyerang Chelsea itu di United Kingdom menyifatkan laporan tersebut sebagai satu spekulasi liar.

Drogba pada minggu lalu telah mengunjungi padang latihan The Blues selepas aksi Liga Super China berehat selama dua minggu.

Baru-baru ini, masa depan Drogba dan seorang lagi bekas penyerang Chelsea, Nicolas Anelka menjadi teka-teki selepas Shanghai terlibat dalam krisis dalaman berhubung pemilikan kelab.

Perkara itu mencetuskan khabar angin bahawa Drogba bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) malah dikaitkan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Mak Lin berkata...

saya tengok chelsea dulu sbb ada drogba (T_______T) apa-apa pun chelsea da best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...