28 Julai 2012

Remaja Chelsea uji skuad muda negara

Malaysia bakal menerima kunjungan sebuah lagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila skuad muda Chelsea hadir ke Kuala Lumpur sebagai lokasi persinggahan terakhir mereka dalam siri jelajah pra-musim.

 
Dengan berpegang kepada falsafah 'Here to Play, Here for Good' yang dibawa oleh pasukan senior mereka ketika berkunjung ke negara ini tahun lalu, barisan remaja Chelsea bakal berada di Malaysia pada 29 Julai sehingga 1 Ogos ini untuk mengukuhkan lagi imej kelab tersebut di rantau ini.

Dibarisi 19 pemain muda bawah 18 tahun, kelab London itu akan mengadakan sesi latihan pada Isnin depan dan ia dibuka kepada orang ramai.

Pada keesokannya harinya, pasukan tersebut bakal mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, di sini.

Pasukan itu yang dilatih Adrian 'Adi' Viveash, yang pernah bermain untuk kelab Swindon, Walsall dan Reading telah mengemudi skuad muda Chelsea memenangi dua Piala Muda FA dalam tempoh tiga musim lalu.

Pengarah Akademi Chelsea, Neil Bath berkata, pertarungan menentang skuad bawah 19 tahun Malaysia bakal memberi pengalaman baru yang berharga kepada pemainnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...