Pengurus baru Chelsea, Roberto Di Matteo menegaskan Frank Lampard akan memainkan pera nan penting sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula pertengahan bulan hadapan.
Di bawah rejim Andre Villas Boas, aksi Lampard dalam kesebelasan utama The Blues terhad, namun kembali mendapat peluang kedua sebaik sahaja AVB dipecat.
Musim lalu juga, Lampard membantu Chelsea memenangi dua trofi iaitu Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Sebelum ini, spekulasi mengaitkan pemain tengah berusia 33 tahun itu dengan perpindahan ke China. "Selagi dia tidak cedera, dia boleh bermain dalam tempoh beberapa tahun lagi. Meskipun usianya lanjut, tetapi ia bukan satu masalah bagi saya.
"Kelab akan memutuskan masa depan Lampard apa yang pasti dia kekal bersama kami pada musim depan," kata Di Matteo.
Mengulas mengenai masa depan Fernando Torres, Di Matteo berkata, ketika ini pasukan ada tiga penyerang. Mereka harus berjuang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama. Siapa yang menunjukkan prestasi terbaik dialah yang akan dipilih.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan