12 Julai 2012

Chelsea ikat pemain Brazil, Oscar RM123.4 juta

Juara Eropah, Chelsea melakukan satu lagi pembelian besar dengan mengikat perancang utama Brazil, Oscar (gambar) menerusi bayaran 25 juta pound (RM123.4 juta). 


Biarpun baru membelanjakan 42 juta pound (RM207.49 juta) bagi mendapatkan Marko Marin dan Eden Hazard, namun pembelian terbaru Roman Abramovich membuktikan jutawan Rusia itu tidak bercadang memperlahankan aktivitinya dalam pasaran perpindahan pemain. 

Ironiknya, Chelsea mengecewakan bekas pengurus mereka sendiri, Andre Villas-Boas dengan membawa masuk Oscar dari Internacional, kerana bakat muda bola sepak Brazil itu turut berada dalam senarai pemain yang amat dikehendaki Tottenham, kelab yang baru dibimbing Villas-Boas. 

Pengurus kelahiran Portugal itu memikirkan dia berada di posisi yang kukuh untuk membeli Oscar, 20, selepas mengemukakan tawaran, minggu lalu. 

Difahamkan, Spurs telah menawarkan 11 juta pound (RM54.3 juta) tetapi menurut sumber, kelab Amerika Selatan itu menuntut bayaran yang lebih tinggi iaitu 18 juta pound (RM88.9 juta). 

Chelsea bagaimanapun bertindak lebih cepat untuk mencantas tawaran Tottenham dan menewaskan bekas pengurus mereka. 

Oscar mula mencuri tumpuan pada musim panas lalu apabila menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir Piala Dunia bawah 20 tahun, menentang Portugal. 

Pemain yang dilahirkan di Sao Paulo pada 9 September, 1991 dan memiliki nama penuh Oscar dos Santos Emboaba Junior itu, turut menarik perhatian dua gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...