Frank Lampard menafikan spekulasi mengenai masa depannya dan menegaskan dia akan kekal di Chelsea.
Bintang tengah England berusia 34 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China dan kelab Liga Utama Amerika Syarikat, LA Galaxy.
Khabar angin tercetus minggu lalu apabila Lampard dan ejennya Steve Kutner dilihat bergambar bersama David Beckham dalam perlawanan melibatkan Galaxy.
Bagaimanapun Lampard, yang berada di tahun terakhir kontraknya di Stamford Bridge menegaskan: “Tiada apa-apa yang berlaku.
“Saya berada di Los Angeles untuk bercuti dengan (tunang) Christine (Bleakley). Kami bertunang di sana tahun lalu, jadi kami suka berada di sana.
“Steve pula mempunyai urusan perniagaan di sana, ia berkaitan muzik dan bola sepak, jadi di mengajak kami menonton perlawanan Galaxy.
“Becks (Beckham) pula digantung dalam perlawanan itu, jadi dapatkan dia duduk bersama kami. Ia sangat menyeronokkan, kami gelak bersama tetapi setakat itu saja,’’ kata Lampard, yang menerima gaji 170,000 pound (RM835,000) di Chelsea.
Menurut Lampard, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke Chelsea dan berasa amat segar kerana sudah lama tidak bermain disebabkan kecederaan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan