10 Julai 2012

Perbicaraan Terry sudah bermula

Kapten Chelsea, John Terry dibicarakan di mahkamah semalam dengan dakwaan menghamburkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain bola sepak, Anton Ferdinand.


Terry, 31, dikenakan tuduhan itu selepas berteriak dengan komen berbaur perkauman terhadap Ferdinand ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 23 Oktober tahun lalu.

Komen itu didakwa dilakukan dan dilihat menerusi sorotan perlawanan terhadap pertahanan Queens Park Rangers itu apabila kedua-dua pasukan bertemu di Loftus Road.

Peguam Terry memaklumkan anak guamannya tidak bersalah di Mahkamah Majistret Westminster, London pada Februari lalu.

Pendengaran kesnya ditangguh hingga selepas Euro 2012 selepas Hakim Daerah, Howard Riddle difahamkan beberapa pemain Chelsea tidak boleh tampil sebagai saksi hingga musim berakhir.

Terry, yang berdepan denda maksimum 2,500 (RM12,500) jika didapati bersalah, dibicarakan di mahkamah sejak jam 10 pagi waktu tempatan. Kesnya dijangka berakhir selama lima hari.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...