Pengurus The Blues, Roberto Di Matteo kini terdesak mendapatkan tenaga baru dalam menghiasi barisan jentera bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris yang bakal memulakan tirainya pada Ogos depan.
Malah, dia juga merancang untuk menggugurkan muka-muka lama sekali gus meremajakan kembali skuad Chelsea kali ini.
Antaranya, Florent Malouda yang kini ibarat telur di hujung tanduk dan perlu bersedia ‘berpindah’ pada bila-bila masa jika menerima tawaran sesuai daripada pasukan lain walaupun beraksi di awal musim.
“Kami akan berbincang dan saya tidak boleh menyenaraikan lebih 25 pemain. Aksi pra-musim memberi peluang untuk saya menilai semua pemain baru dan prestasi mereka.
“Siapa yang akan pergi dan kekal di sini hanya akan diputuskan Ogos depan,” katanya bahawa bukan Malouda sahaja yang berada dalam senarai ‘buangan’ Di Matteo.
Selain Malouda, Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne dan Josh McEachran turut berada dalam senarai pemain yang bakal dipinjamkan ke kelab lain.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan