Juara Eropah, Chelsea membuka tirai jelajah mereka di Amerika Syarikat semalam apabila menang besar 4-2 ke atas Seattle Sounders dengan penyerangnya, Romelu Lukaku meledak dua jaringan pada babak pertama.
Pemain Belgium itu meledak jaringan pada minit ketiga dan 45 manakala dua pemain baru, Marko Marin dan Eden Hazard turut menyumbang gol buat Blues.
“Saya berasa tertekan namun apabila beraksi untuk Chelsea, memang ada tekanan dan kami menang, itu paling penting,” kata Lukaku. “Jaringan itu bagus untuk saya namun paling penting adalah pasukan. Saya sangat seronok.”
Ia adalah perlawanan pertama Chelsea selepas mereka menewaskan Bayern Munich dua bulan lalu bagi meraih gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama dan menambah trofi dengan menjulang Piala FA.
Lukaku melepasi pertahanan Seattle, Jeff Parke untuk menjaringkan gol pertama dan kemudian menambah satu lagi sebelum tamat separuh masa pertama.
Bekas pemain Lille, Hazard menjaringkan gol pada minit ke-11 selepas bola terkena pemain lain dan Marin meledak pada minit ke-40 apabila sepakannya terkena Parke dan melepasi penjaga gol Sounders, Bryan Meredith.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan