28 Julai 2012

Terry kini fokus cabaran liga

Bekas kapten England, John Terry sangat gembira untuk kembali fokus kepada bola sepak selepas meletakkan musim panas yang sukar di belakang.

Pemain pertahanan tengah berusia 31 tahun itu kembali berikutan kekalahan suku akhir England di Euro 2012 selain dilepaskan mahkamah selepas melakukan salah laku perkauman terhadap pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand.

Terry menjaringkan gol untuk Chelsea ketika tewas 2-3 kepada Pilihan Bintang MLS di Pennsylvania pada Rabu namun masih boleh didakwa oleh Persatuan Bola sepak Inggeris (FA) berhubung insiden Ferdinand itu.

“Saya gembira dapat kembali kepada bola sepak, memberi tumpuan kepada apa yang saya minati,” kata Terry kepada Guardian.

“Saya sangat gembira berada di sini bersama pasukan dan memberikan tumpuan untuk cergas terlebih dulu serta mampu beraksi pada awal musim”.

Pemain baru yang didapatkan pada musim panas kelab itu adalah Eden Hazard, Marko Marin dan Oscar dengan nilai sekitar 65 juta (RM322.9 juta), menunjukkan kepada Terry bahawa pemiliknya, Roman Abramovich komited untuk mencapai lebih banyak kejayaan dengan kelab terbabit walaupun selepas menjulang Liga Juara-Juara apabila menewaskan Bayern Munich di final.

Terry menambah: “Beliau (Abramovich) turun melihat sesi latihan, berada di sekitar hotel, mahu mengetahui apa yang berlaku, apa jenis latihan yang kami lakukan. Adalah menggembirakan untuk melihat itu dan saya fikir adalah bagus untuk pemain baru melihatnya.

“Walaupun selepas memenangi Liga Juara-Juara adalah penting untuk kami terus bersaing. Syukur kami mempunyai pemilik yang sangat bersedia untuk melakukannya.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...