9 Julai 2012

Hulk berhajat ke Stamford Bridge

TEODORO Fonseca memberitahu kliennya, Hulk bersedia meninggalkan FC Porto dan berhijrah ke Stamford Bridge.


Hulk berkata, dia amat berharap menyarung jersi Chelsea musim panas ini bagi membuka ruang disenaraikan dalam skuad kebangsaan Brazil di Kejohanan Piala Dunia 2014 nanti.

Sebelum ini, penyerang bertubuh sasa itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge dan sumber mendedahkan perbincangan mengenai penghijrahannya ke barat London kini memasuki fasa terakhir.

"Hulk penyerang paling diburu di Eropah. Dia bahagia di Porto, tetapi pintu keluar baginya tidak tertutup. "Jika dia beraksi bersama kelab Inggeris seperti Chelsea, peluang untuk disenaraikan ke Piala Dunia lebih besar," kata Fonseca.

Difahamkan, Hulk memiliki klausa pelepasan berjumlah £80 juta (RM393 juta) dalam kontraknya. Namun Porto bersedia membiayai yuran perpindahan berjumlah £30 juta (RM147 juta) seperti yang diminta Chelsea.

Baru-baru ini, Hulk disenaraikan dalam skuad Olimpik Brazil sebagai salah seorang daripada tiga pemain melebihi had umur ke Olimpik London yang bermula 27 Julai ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...