Penyerang baharu Shanghai Shenhua, Didier Drogba mahu rakan sepasukannya di Chelsea menyertainya dengan kelab yang berpangkalan di timur China.
Menurutnya, wang tidak menjadi masalah bagi pihak pengurusan Shenhua yang sanggup berbelanja besar mendapatkan pemain berkualiti.
Antara nama dicadangkan Drogba adalah ikon The Blues, John Terry dan Frank Lampard yang kini sedang beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Saya perlu bercakap dengan presiden kelab. Saya mahu beraksi bersama mereka pada musim akan datang,” katanya. Drogba bermain untuk Chelsea sejak 2004 hingga Mei 2012 dan sempat menjulang Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali musim lalu.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan