Bekas Kapten England, John Terry didapati tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.
Walaupun dalam keterangan Terry mengakui ada menggunakan kata-kata kesat, namun beliau tetap dengan pendiriannya bahawa dia sekadar bersikap sinis terhadap Ferdinand yang tersalah anggap dengan apa yang dikatakannya.
Keputusan itu diumumkan oleh Majistret Howard Riddle yang mendapati Terry tidak berniat sedemikian.
Terry, 31, dituduh mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menghina warna kulit Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kedua-dua pasukan, 23 Oktober tahun lalu.
Menurut Riddle, bukti-bukti yang dikemukakan oleh Ferdinand ke atas Terry tidak mempunyai alasan yang kukuh.
"Bukti pendakwaan yang diperkatakan oleh Ferdinand tidak kuat."Mungkin apa yang Terry ingin katakan tidak berbaur penghinaan dan Ferdinand tersalah anggap apa yang dikatakan oleh Terry.
"Jadi, dengan melihat keraguan terhadap bukti yang ada, kami terpaksa membuat keputusan Terry tidak bersalah," kata Riddle.
Setelah keputusan itu dibacakan, rata-rata penyokong Terry bersorak kegembiraan manakala Kapten Chelsea itu kemudian terus beredar meninggalkan mahkamah untuk mengelakkan diri daripada wartawan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan