13 Julai 2012

Andre Villas-Boas tuduh Abramovich mungkir janji

Andre Villas-Boas percaya berpeluang cerah meraih kejayaan di Tottenham Hotspur tapi pada masa sama menafikan memiliki agenda peribadi memulihkan reputasinya selepas dipecat oleh Chelsea, Mac lalu.


Dalam sidang akhbar pertama di kompleks latihan baru Spurs bernilai 45 juta (RM222 juta) di utara London, semalam, pengendali kelahiran Portugal itu turut mendakwa pemilik Chelsea, Roman Abramovich tidak menepati janji.

Biarpun ada yang menganggap beliau gagal melaksanakan tugas dengan baik dalam tempoh singkat di Stamford Bridge, pengurus berusia 34 tahun itu tidak takut mempertahankan dirinya terhadap pemecatan di Stamford Bridge.

“Saya hormati keputusan pemilik Chelsea namun saya tidak menerima keputusan itu.

“Saya memberitahunya, beliau punca saya pergi. “Beliau bertanggungjawab membawa saya ke kelab itu dan kemudian gagal mengotakan janjinya.

“Saya tidak melakukan kesilapan, saya tidak setuju dengan pandangan anda,” kata bekas jurulatih Porto itu.
“Ia bukan kesilapan seorang individu saja, saya tidak boleh menerimanya. 

Saya belajar daripada kesilapan tapi keputusan membatalkan projek itu bukan keputusan saya, ia keputusan pemilik Chelsea.” 

Pemecatan Harry Redknapp oleh Tottenham agak mengejutkan selepas mengemudi pasukan itu menduduki tangga keempat Liga Perdana dan hanya terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas kedudukan mereka dirampas Chelsea yang menjadi juara Eropah.

Keputusan menggantikan Redknapp dengan pengurus kurang berpengalaman, Villas-Boas turut membimbangkan penyokong yang menganggap ia keputusan yang tidak tepat.

“Ia bukan misi untuk memulihkan reputasi saya, ia adalah misi meletakkan Tottenham kembali ke landasan kejuaraan,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...