Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba menegaskan bahawa keputusannya untuk berhijrah ke kelab China, Shanghai Shen- hua bukan disebabkan habuan yang lumayan.
Sebaliknya, penyerang Ivory Coast itu menjelaskan bahawa dia mahu membantu mengembangkan lagi potensi yang ada dalam arena bola sepak China untuk diketengahkan ke pentas dunia.
Drogba yang menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bersama kelab China itu akan menerima gaji sebanyak £200,000 (RM991,786) seminggu.
"Apabila presiden kelab ini (Shanghai Shenhua) mengemukakan tawaran, saya melihatnya sebagai satu projek.
"Ini kerana, ia memberi peluang kepada saya untuk membantu membangunkan sukan bola sepak di China."Jika mahu bercerita soal gaji lumayan, saya boleh mendapatkannya dengan mudah bersama kelab-kelab gergasi di Eropah.
"Secara jujurnya, saya tidak ke sini (China) semata- mata hanya kerana duit. Sebaliknya, saya melihat ia sebagai cabaran baharu dan berbeza buat saya.
"Saya tidak akan mendapatnya jika saya terus kekal beraksi di Eropah. Ini merupakan cabaran paling besar sepanjang karier saya," kata Drogba.
Drogba akan kembali berganding dengan bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Nicolas Anelka yang telah berhijrah ke Shanghai Shenhua sejak musim lalu lagi.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan