18 Oktober 2012

Torres kini lebih gembira di Stamford Bridge

Fernando Torres mengaku ada ketikanya tidak kisah jika Chelsea menang atau kalah namun kini dia seronok dengan kehidupan baru bersama juara Eropah itu.


Penyerang Sepanyol itu mengalami detik mengecewakan berikutan perpindahan bernilai 50 juta (RM245 juta) dari Liverpool pada Januari 2011 apabila lebih kerap memanaskan bangku pemain simpanan Blues.

Torres mendedahkan dalam satu temuramah ia menyebabkan dia berasa muak dengan kehidupan di Stamford Bridge.

“Pada pertengahan musim lalu, saya mula kehilangan nilai-nilai diri sejak kecil. Saya mempunyai rakan sepasukan yang tidak kisah jika pasukan menang atau kalah kerana mereka tidak bermain. 

Saya tidak pernah mahu menjadi seperti itu tapi satu hari, saya pula berasa seperti mereka, tidak kisah jika menang atau kalah jika saya tidak beraksi.

“Saya bukan sebahagian daripada mereka. Saya tidak gembira kerana disekat daripada melakukan apa yang diingini. Dalam bilik persalinan, kami tidak boleh hilang konsep berkumpulan itu.

“Tapi kemudian saya belajar merenung diri sendiri dan satu-satunya orang yang boleh mengubahnya adalah diri saya sendiri. Satu-satunya insan yang boleh berkata: ‘Anda melakukan kesilapan, anda perlu lakukan sesuatu’ adalah diri anda sendiri.” Torres, 28, bagaimanapun mula mendapat cahaya baru selepas pengurus bertukar apabila Roberto Di Matteo menggantikan Andre Villas-Boas.

“Apabila kami menukar jurulatih ia hampir sama dengan gaya Rafael Benitez (bekas pengurus Liverpool). Saya kembali menjadi pemain yang lebih bagus.

“Saya kini boleh melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini. Saya boleh menjadi pemain yang diharapkan pengurus. Saya banyak bercakap dengan Steve Holland (penolong pengurus Chelsea) dan kami bekerja keras.

“Saya menjadi lebih matang, lebih kenal diri sendiri dan mula sedar hakikatnya semuanya bergantung kepada diri sendiri.“Saya kini sedar, jika kami menang, tidak kisah jika saya tidak bermain. Saya harus terus bekerja keras.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...