Sekumpulan pemain Chelsea yang berang telah membuat perakuan 
bersumpah yang mendakwa John Obi Mikel dicemuh dengan kata-kata berbaur 
perkauman oleh pengadil, Mark Clattenburg.
Pemain terbabit bersedia untuk membentangkan bukti kepada pasukan 
inkuiri Persatuan Bola Sepak (FA) England yang ditubuhkan untuk 
menyiasat tuduhan yang mencemari perlawanan Chelsea dan Manchester 
United di Stamford Bridge, Ahad lalu.
Kenyataan awal telah diambil daripada beberapa pemain senior di 
gelanggang latihan sehari selepas insiden tersebut apabila pemain 
melapor diri untuk latihan.
Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga pemain selain Mikel, termasuk Ramires menyatakan mereka terdengar komen Calttenburg.
Barisan kepimpinan FA bertekad untuk mengendalikan dakwaan perkauman 
terbaru itu yang menggemparkan kancah bola sepak Inggeris sebaik dan 
secepat mungkin, selepas mereka dituduh melengahkan tindakan dalam kes 
John Terry.
Kes terbabit berlanjutan hampir 11 bulan sebelum ketua pasukan 
Chelsea itu didapati bersalah dalam insiden dengan pertahanan QPR, Anton
 Ferdinand. 
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan