Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengakui skuad The Blues masih belum sempurna dan banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Di Matteo menyuarakan kebimbangan itu menjelang aksi Liga Perdana England menentang Norwich City di Stamford Bridge malam ini.
Juara Eropah itu perlu menewaskan Norwich bagi mengukuhkan kedudukan 
di persada liga, sekali gus melebarkan jurang mata dengan pencabar 
terdekat, Manchester United.
Ketika ini, skuad The Blues selesa di kedudukan teratas selepas mengumpul 16 mata, masing-masing tiga dan empat mata di depan Everton serta United.
Kejayaan itu hadir selepas Chelsea berjaya menewaskan Arsenal 2-1 minggu lalu.
Selain itu, kekalahan 2-3 United kepada Tottenham Hotspur turut memberikan kelebihan kepada skuad bimbingan di Matteo itu.
Begitupun, perebutan gelaran liga dijangka lebih terbuka sekiranya skuad The Blues gagal mengekalkan prestasi terbaik ketika menentang Norwich.
Namun, Chelsea mendapat suntikan semangat selepas membelasah FC 
Nordsjaelland 4-0 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Rabu 
lalu.
Sementara itu, pemain tengah Chelsea, Ramires yakin skuad The Blues
 mampu meneruskan rentak cemerlang terutamanya selepas menyaksikan 
kehadiran dua pemain baharu, Edin Hazards dan Oscar berjaya memberikan 
impak.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Oscar yang mempamerkan 
aksi cemerlang dan saya berharap gandingan kami akan memberikan impak 
ketika beraksi bersama Chelsea atau Brazil."Ia bukan satu tanggungjawab saya untuk menjaringkan gol dan saya tidak pernah memikirkan hal itu.
"Namun, ia merupakan satu perasaan yang sangat istimewa selepas dapat
 menjaringkan gol buat Chelsea, ia sangat istimewa buat saya.
"Ia merupakan jaringan pertama saya (ketika menentang Nordsjaellan) pada musim ini."Namun, jaringan paling diingati sepanjang karier saya adalah ketika 
bertemu dengan Barcelona yang mana ia menjadi satu sejarah dalam karier 
saya," kata Ramires.
Dalam pada itu, Norwich berikrar untuk mempamerkan corak agresif 
dalam misi memburu kemenangan pertama pada kempen musim ini selepas 
tewas 2-5 kepada Liverpool.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan