Chelsea mengemukakan aduan rasmi mengenai perkataan yang diucapkan 
pengadil, Mark Clattenburg terhadap dua pemainnya yang mencetuskan 
kontroversi kekalahan 2-3 kepada Manchester United di Stamford Bridge, 
awal pagi tadi.
Pertembungan dramatik dalam Liga Perdana 
Inggeris itu dijangka berterusan apabila kedua-dua pasukan bertemu 
semula Rabu ini bagi saingan Piala Liga.
      
“Kami mengemukakan aduan mengenai bahasa yang kurang sesuai 
diucapkan pengadil ketika mengarahkan dua pemain kami dalam dua insiden 
berasingan dalam padang," kata Chelsea dalam satu kenyataan.
      
Sky Sports News mendakwa, salah satu aduan itu membabitkan pemain antarabangsa Nigeria, John Obi Mikel.
Pegawai Profesional Perlawanan (PGMO), badan yang mewakili pengadil Liga Perdana Inggeris kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu: “PGMO menerima dakwaan berkenaan dan kami mengambil kira perkara ini dengan serius. Mark (pengadil) akan memberi kerjasama sepenuhnya."
Semua empat pegawai perlawanan - pengadil, dua pembantunya dan pegawai keempat - memakai alat pendengar suara yang memboleh mereka mendengar setiap perbualan antara mereka sepanjang perlawanan.
Bagaimanapun, mengikut garis panduan FIFA, komunikasi di antara mereka tidak dirakamkan. Dua pemain Chelsea, Branislav Ivanovic dan Fernando Torres dibuang padang selepas Clattenburg melayangkan kad kedua kepada mereka.[sumber]

 *Apa pun tak boleh..
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan