Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) akan buka kertas siasatan  insiden 
seorang petugas Chelsea yang dibaling objek sehingga mendatangkan 
kecederaan ketika perlawanan antara The Blues menentang Manchester 
United yang berlangsung di Stamford Bridge, kelmarin.
Insiden berkenaan tercetus sebaik Javier Hernández melengkapkan 
kemenangan 3-2 United yang menyebabkan kemarahan segelintir penyokong 
The Blues yang bukan sahaja bertindak membaling bekas minuman ke dalam 
padang dan merosakkan kerusi duduk penonton.
Menurut jurucakap FA, selain Chelsea, FA turut membuka kertas siasatan 
ke atas Everton berhubung kesalahan penyokong, dan polis akan meminta 
salinan video kedua perlawanan terbabit untuk siasatan lanjut. Sabit 
kesalahan Chelsea dan Everton boleh dikenakan denda.
"Kita perlu tunggu laporan pengadil perlawanan, sebelum ambil sebarang tindakan,"katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap Chelsea, maklumat awal yang diterima, 
petugas itu tergelincir sebelum terjatuh akibat objek dibaling dari 
kawasan duduk penonton.
Bagaimanapun, katanya, beliau diberi bantuan kecemasan di tepi padang sebelum dibawa ke hospital.[sumber] 
*Minggu ref berat sebelah
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan