Juan Mata meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 pada aksi Liga Perdana England malam tadi.
Kemenangan di White Hart Lane itu turut mengukuhkan kedudukan skuad The Blues di persada liga dengan mengumpul 22 mata daripada lapan perlawanan pertama musim ini.
Namun, skuad The Blues berada dalam situasi bahaya dan hampir mengalami kekalahan pertama musim ini selepas ketinggalan 1-2 pada minit ke-54.
Selepas mendahului seawal minit ke-17 menerusi Gary Cahill, juara 
Eropah yang beraksi tanpa kapten, John Terry yang digantung empat 
perlawanan dikejutkan dengan dua gol pasukan tuan rumah masing-masing 
satu daripada William Gallas pada minit ke-47 dan Jermain Defoe (54).
Bagaimanapun, Mata mengesahkan kemenangan ketujuh Chelsea apabila 
mengikat kedudukan pada minit ke-66 sebelum meledakkan gol kedua 
peribadi dan ketiga skuad The Blues (69).
Pemain tengah Sepanyol itu turut membantu Daniel Sturridge menyumbat 
gol keempat pada minit-minit akhir permainan, sekali gus meleburkan 
impian pengurus Spurs, Andre Villas-Boas untuk membalas dendam setelah 
dipecat Chelsea, Mac lalu.
Selepas menewaskan Arsenal dan Spurs, skuad bimbingan Roberto di 
Matteo itu menampilkan aksi yang lebih hebat terutamanya di posisi 
serangan dan kelihatan serius dalam memburu gelaran juara Liga Perdana 
England musim ini.
"Kami hilang kawalan pada awal babak kedua tetapi kami mengambil 
inisiatif untuk menguasai keseluruhan perlawanan itu dan kami berhak 
untuk menang," kata Di Matteo.
"Perlawanan ini menguji karakter kami untuk datang ke sini (White 
Hart Lane) dan bermain menentang sebuah kelab yang hebat. Terdapat 
banyak isu yang menyelubungi pasukan sejak akhir-akhir ini tetapi kami 
menghadapinya dengan baik."
Bagi Spurs, kekalahan itu mencalarkan rekod cemerlang Villas-Boas dalam kempen liga musim ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan