Kapten Chelsea, John Terry membuat keputusan untuk tidak mengemukakan
 sebarang rayuan selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata 
berunsur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), 
Anton Ferdinand.
Bekas kapten skuad kebangsaan England itu didapati bersalah oleh 
Persatuan Bola Sepak (FA) England bulan lalu dan digantung empat 
perlawanan serta didenda £220,000 (RM1.07 juta).
Untuk rekod, tarikh akhir bagi Terry mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut telah berakhir semalam.
"Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, saya membuat keputusan 
untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung keputusan tersebut.
"Pada kesempatan ini, saya juga memohon maaf kepada semua pihak atas tindakan yang telah saya lakukan sebelum ini.
"Biarpun kecewa dengan keputusan FA England, saya mengakui tindakan 
dan kata-kata yang saya ucapkan tempoh hari sangat melampau," katanya 
dalam satu kenyataan semalam.
Terry didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada 
Ferdinand ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana 
England, Oktober tahun lalu.
Terry memberitahu: "Tindakan saya tidak dipengaruhi mana-mana pihak 
dan ia telah mengejutkan pihak pengurusan kelab (Chelsea) serta saya 
berjanji tidak akan mengulanginya lagi selepas ini."
Terry berkata, dia akan memainkan peranan yang penting dalam membantu
 kelab membendung semua bentuk diskriminasi dalam bola sepak.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan