 Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo merayu kepada Roman Abramovich 
agar melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengekalkan Ashley Cole di 
Stamford Bridge.
Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo merayu kepada Roman Abramovich 
agar melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengekalkan Ashley Cole di 
Stamford Bridge.
 Kontrak bintang pertahanan England itu akan tamat pada musim panas 
depan dan dia kecewa selepas Chelsea hanya menawarkan kontrak selama 12 
bulan kepada pemain terbabit. 
 Cole sebaliknya, bersedia untuk menolak tawaran tersebut dan meninggalkan juara Eropah itu dengan perpindahan percuma. 
 Bagaimanapun kelmarin, Di Matteo menegaskan, dia secara 
terang-terangan memberitahu pemilik kelab supaya mengekalkan tonggak 
senior itu.
 Saya mencadangkan, malah menjadi hasrat saya agar  dia akan kekal di sini (Chelsea).Dia antara bek kiri terbaik di dunia dan aset penting untuk kelab 
ini. Dia memiliki segalanya dan masih mempunyai masa depan beberapa 
tahun di lagi," kata Di Matteo. 
 Abramovich mempunyai polisi hanya menawarkan kontrak tahun demi 
tahun kepada pemain yang sudah melepasi 30 tahun dan Cole kini berusia 
31 tahun.
 Bagaimanapun, Di Matteo berkata, setiap kes tidak harus dilayan sama rata.Semua kes adalah berbeza. Anda kena lihat perkara ini secara individu, bergantung kepada sejarah dan keadaan fizikal pemain.
 Saya akan mengemukakan cadangan tetapi pada akhirnya, ia terpulang 
kepada ahli lembaga untuk membuat keputusan. Apa yang cuba saya tekankan
 di sini, saya mahu dia (Cole) dikekalkan," ujar Di Matteo.
 Tambah Di Matteo lagi, Cole adalah tonggak penting pasukan dan dia bermain dalam semua perlawanan.Dia bukan saja mampu bertahan dengan baik, malah sering membantu 
serangan. Dia kerap mencipta gerakan-gerakan kepada penyerang."
Cole, yang meninggalkan Arsenal pada 2006 turut menarik minat gergasi
 bola sepak Sepanyol, Real Madrid, Paris St. Germain (Perancis) dan 
kelab Rusia, Zenit St. Petersburg.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan