Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo mengakui beliau pada mulanya 
bercadang untuk mengetepikan John Terry daripada skuad pendahulu Liga 
Perdana itu ketika menang 2-1 ke atas musuh ketat London, Arsenal.
   Terry disenaraikan dalam pasukan bagi perlawanan di Emirates 
Stadium kelmarin, dua hari selepas dia dikenakan hukuman penggantungan 
empat perlawanan dan denda 220,000 (RM1.1 juta) oleh Persatuan Bola 
Sepak England (FA) atas kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur 
perkauman terhadap pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand.
Bagaimanapun hukuman berhubung insiden yang berlaku pada pertembungan setempat barat London Oktober tahun lalu itu masih ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.
   Dan di Matteo berkata, keputusannya untuk menyenaraikan Terry, 
tonggak pertahanan tengah itu dibuat atas prestasi semasa sebagai kapten
 Chelsea.
“Saya fikir ia keputusan tepat dengan menurunkannya dalam perlawanan hari ini (semalam),” kata di Matteo yang juga bekas pemain tengah Chelsea dan Itali.
“Dia mempamerkan kualiti sebagai ketua dan pemain pertahanan yang bagus.” Chelsea mengambil kesempatan atas kelemahan benteng pertahan Arsenal untuk melebarkan rekod tanpa kalah kempen liga musim ini apabila Fernando Torres dan Juan Mata berjaya menghasilkan gol manakala Gervinho pula menyamakan kedudukan untuk Arsenal.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan