28 Oktober 2012

Oscar sasar ledak 20 gol

Bintang tengah sensasi Chelsea, Oscar menyasarkan untuk menyumbat 20 gol dalam musim sulungnya bersama kelab itu.


Pemain kelahiran Brazil itu sudah menjaringkan tiga gol buat Blues setakat ini, semuanya pada pertandingan Liga Juara-Juara.

Namun dia berharap untuk memecah kebuntuan gol dalam Liga Perdana tidak lama lagi.“Saya seorang pemain tengah yang sering menjaringkan gol dan menyumbat 20 gol semusim adalah sesuatu yang biasa buat saya.

“Saya sedar ia agak sukar di England kerana anda tidak bermain dengan bagus sepanjang masa dan anda beraksi di posisi berbeza.

“Tapi saya jangkakan untuk menjaringkan banyak gol buat Chelsea dan saya harap untuk menetapkan purata antara 10 hingga 20 gol semusim, ia pasti bagus.” Oscar memukau peminat di Stamford Bridge dengan dua gol menakjubkan dari jarak jauh ketika menentang Juventus bulan lalu. Namun gol ketiganya adalah dari jarak dekat menentang Shakhtar Donetsk awal pagi Rabu lalu.

Bintang berbadan kecil itu menegaskan dia juga bekerja keras memperbaiki rentak lariannya ke dalam kotak penalti lawan untuk meningkatkan jumlah jaringannya.

“Gol jarak jauh adalah sesuatu yang biasa saya lakukan, berbanding percubaan jarak dekat.“Saya sering cuba meletakkan diri di tempat saya berada bagi gol terakhir menentang Shakhtar, jadi apabila seseorang melakukan hantaran saya berada di tempat terbaik untuk meledakkan gol.

“Saya pernah menjaringkan beberapa gol seperti ini tapi kerana posisi biasa saya di luar kotak penalti, itulah tempat saya sering kali menjaringkan gol.” Oscar dijangka diturunkan menentang Manchester United pada pertembungan besar malam ini. Bekas pemain Internacional tidak sabar menanti saat itu.

“Ia agak sama dengan Brazil. Anda mempunyai perkara sama, penonton yang ramai dan minat yang terlalu mendalam, anda akan terasa debaran jantung yang kuat.

“Saya bermain di bandar raya di Brazil yang mempunyai hanya dua kelab besar dan Internacional menentang Gremio amat menakjubkan, tekanan, suasana pasukan dan setiap orang berdebar menanti sepak mula.“Perlawanan besar menentang lawan yang kuat, ia adalah perlawanan terbaik yang perlu anda sertai.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...