7 Oktober 2012

Di Matteo gembira prestasi Chelsea

Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo gembira dengan pencapaian pemainnya setelah berjaya menundukkan Norwich City 4-1 di Stadium Stamford Bridge, semalam.

Jelasnya, kemenangan tanpa kalah sehingga saingan ketujuh setakat ini amat membanggakan dirinya sbagai pengurus.

“Satu permulaan yang baik. Kami telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan setakat ini.

“Pemain berada dalam prestasi yang sebenar dan saya yakin sekiranya rentak ini diteruskan oleh pemain kami mampu menyaingi untuk merampas kejuaraan daripada City," tegas di Matteo.

Tambah di Matteo: "Tahniah kepada pemain kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dan saya harap prestasi ini dapat dikekalkan.”

Dengan kemenangan itu, Chelsea berjaya mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Perdana Inggeris (EPL)  dengan meraih 19 mata menerusi tujuh perlawanan setakat ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...