Pertahanan England, Ashley Cole mengaku bersalah atas tuduhan salah 
laku Persatuan Bola Sepak (FA) England, kerana mengeluarkan penghinaan 
dilakukan di laman Twitternya, demikian menurut badan induk bola sepak 
negara itu, semalam.
“Cole mengaku terhadap dakwaan FA berkaitan ulasan Twitter itu dan 
boleh menyebabkan sengketa berlaku,” umum FA dalam laman web rasmi.
“Cole memohon satu pendengaran berkaitan kes itu namun tarikhnya belum ditetapkan.” Pertahanan Chelsea itu didakwa FA selepas Suruhanjaya Bebas menyiasat bukti yang cuba diketengahkannya terhadap kes membabitkan John Terry.
Terry didapati bersalah dan digantung empat perlawanan kerana 
menghamburkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pertahanan Queens 
Park Rangers, Anton Ferdinand.
Cole memberikan bukti mewakili rakan sepasukannya.Cole bermain 98 kali buat skuad kebangsaan England, memohon maaf kepada pengerusi FA, David Bernstein kerana menghina dan tweet itu dipadam beberapa jam selepas dibuat jumaat lalu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan