4 Oktober 2012

Chelsea mampu pertahan trofi juara - Lampard

“KAMI tidak berangan-angan kosong untuk mempertahankan trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Itu keyakinan dilontarkan pemain tengah The Blues, Frank Lampard untuk melihat skuad bimbingan Roberto Di Matteo muncul pasukan pertama menjulang trofi kejuaraan dua musim berturut-turut selepas kali terakhir dilakukan AC Milan bagi edisi 1989 dan 1990.

Awal pagi kelmarin, gergasi Inggeris itu membenam kelab Denmark, Nordsjaelland 4-0 untuk selesa mendahului kedudukan kumpulan E dengan empat mata.

“Peluang itu tetap ada. Keyakinan yang dibawa musim lalu terus kekal untuk diterjemahkan pada perlawanan musim ini.

“Walaupun perjalanan liga masih panjang dan perlu melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu, kami masih optimis.

"Undian kedua akan diadakan sekali lagi pada Februari tahun depan dan itu pun jika melepasi halangan awal.

“Bagaimanapun kami tetap berkeyakinan dan perlu bekerja keras untuk mendapatkannya (layak ke peringkat kalah mati),” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...