ANDRE Villas-Boas menerima tamparan hebat selepas pemainnya mengkritik caranya menguruskan kelab tersebut.Mereka percaya bekas pengurus Porto itu mengaplikasikan taktikal yang  tidak sesuai selain gagal mengendalikan pemain Liga Perdana Inggeris  (EPL).Malah, beberapa pemain hilang sabar terhadap tindakan pengurus berusia  33 tahun itu yang tidak membenarkan Nicolas Anelka menyertai pemain lain  meraikan parti Krismas di padang latihan.
Sebagai tanda protes, pemain menganjurkan parti buat Anelka di sebuah  restoran sebagai tanda perpisahan berikutan pemain antarabangsa Perancis  itu bakal meninggalkan Chelsea untuk menyertai kelab China, Shanghai  Shenhua, bulan ini.
Sumber Chelsea memberitahu, pemain berasakan tindakan Villas-Boas itu sangat teruk dan remeh.“Aura beliau semakin hilang terutamanya di bilik persalinan sehingga membuatkan beberapa pemain mahu meninggalkan kelab ini,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan